2. Peluang kedua MEMPERSIAPKAN DIRI bagi
menghadapi peperiksaan mengikut KEHENDAK KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN.
Peluang kedua???
Ya
benar, kenapa saya katakan peluang
kedua?
Ini
kerana adik telah pun mendapat peluang mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan mengikut kehendak
kertas soalan peperiksaan pada bulan
November hingga Disember 2019 yang lepas selama 39 hari bermula 23 November
2019 hingga 31 Disember 2019.
Oleh
itu , adik sangat BERTUAH kerana diberi peluang KEDUA ini, sangat jarang-jarang
berlaku sepanjang pengalaman saya mengendalikan program-program kecemerlangan
peperiksaan di sekolah-sekolah Malaysia sejak 16 tahun yang lalu . Rebutlah
peluang
Mempersiapkan diri ? Mengikut Kehendak Kertas Soalan
Peperiksaan???
Mempersiapkan
diri mengikut kehendak soalan peperiksaan bermaksud
kertas soalan peperiksaan itu sendiri .. !
ia tidak bernyawa, apatah lagi untuk bergerak, berjalan, berlari mahupun
melompat.
Tetapi
adik harus faham, ramai yang berjaya mendapat tempat terbaik selepas
melaluinya( kertas soalan peperiksaan ),
contohnya : mendapat
kecemerlangan yang disasarkan, dapat belajar di tempat belajar yang dicita-citakan
seperti sekolah-sekolah berasrama penuh, dapat mencapai cita-cita, contoh ingin menjadi seorang doktor dan juga yang
ingin menggembira atau membalas jasa kedua ibu bapa dan guru-guru yang selama
ini mereka telah banyak berkorbon demi adik-adik.
Untuk
semua ini, bukankah adik perlu melalui
dan membuktikan adik mampu menjawab kertas soalan peperiksaan dengan baik?
Kerana
itu saya mengatakan perlu membuat persiapan diri sebelum adik berjumpa
kertas soalan peperiksaan tersebut. Peluang telah pun diberi pada tahun lepas
sepanjang cuti sekolah yang lalu.
Dapatan
pemerhatian saya sepanjang saya mengendalikan program-program di sekolah
bermula bulan januari hingga mac hampir 80% belum membuat persiapan untuk berjumpa dengan kertas
soalan peperiksaan.
Perkara ini saya pandang sangat
serius,
Apakah persiapan yang perlu adik dilakukan?
Saya mendapati terdapat 11 Rahsia hebat pada
kertas soalan peperiksaan.
Persiapan
mengikut kehendak kertas soalan peperiksaan
1. Mencipta
Matlamat
Kertas soalan adalah laluan untuk mencapai
matlamat.
2. Sikap
Mencari Jawapan
Kertas
soalan tiada ada jawapan.
3. Kuatkan
Otak
Kertas
soalan jawapannya diproses dan dikeluarkan melalui otak.
4. Bina
Suasana Ulangkaji
Kertas
solan perlu dijawab mengikut suasana yang telah ditetapkan.
5. Berfikiran
POSITIF
Kertas
soalan ada tertulis perkataan’SULIT’.
6. Lakukan
KAWALAN BULAN PEPERIKSAAN
Kertas
soalan ada tertulis bulan, contoh “SEPTEMBER”
7. Lakukan
KAWALAN SUBJEK
Kertas
soalan ada tertulis subjek. Contoh “SAINS”
8. Lakukan
KAWALAN MASA
Kertas
soalan ada tertulis masa. Contoh 1jam
atau satu jam
9. Lakukan
KAWALAN MARKAH
Kertas
soalan ada tertulis bahagian pemarkahan.
10.
Bertanggungjawab
Kertas
soalan menyediakan ruang angka giliran, nombor
kad pengenalan.
11. Patuh
Arahan
Kertas soalan
ada tertulis “Jangan buka kertas
peperiksaan ini sehingga diberitahu”.
Ini adalah peluang untuk adik-adik mempersiapkan diri dengan melakukan 11 rahsia hebat yang diperlukan oleh kertas soalan peperiksaan sebelum adik melangkah masuk dewan peperiksaan.
Kenapa saya berkata ini adalah PELUANG ?
Ini kerana semasa PKP ( Perintah
Kawalan Pergerakan ) adik mempunyai masa yang banyak untuk lakukan
persiapan. Adik tidak dibenarkan keluar rumah, malah tidak pula disibukkan
dengan aktiviti – aktiviti sekolah yang padat.
Inilah masanya , inilah peluangnya.
Apa nak buat ?
Nantikan
sambungannya … Kenapa PENTING NYA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MENCIPTA KEJAYAAN
DALAM PEPERIKSAAN
Bersama saya :
Ustaz Sulaiman Ismail
Perunding Motivasi
SULAIMAN MOTIVATION CONSULTANT
016-5819074
No comments:
Post a Comment