1. Faham dan Hafal .
Pemahaman sesuatu
perkara adalah asas paling penting dalam proses belajar. Tiada gunanya
menghafal walau seribu formula jika satu pun tidak faham. Kesan buruknya tidak
tahu formula mana perlu digunakan untuk sesuatu masalah. Asas pemahaman boleh
dibentuk dalam kelas bersama guru dan juga rakan-rakan yang lebih pintar.
2. Hafal dan Buat .
Dalam erti kata yang
lain melakukan ulangkaji. Contoh paling mudah adalah formula Matematik. Umum
mengetahui formula Matematik memang susah diingati tetapi apabila menghafal dan
kerap melakukan ulangkaji, pasti dengan mudah dapat menguasai formula tersebut.
3. Hafal dan tulis.
Untuk mengingati
semua perkara mungkin mustahil tetapi untuk membaca semua perkara memang tidak
mustahil. Jadi, tulis setiap formula, setiap fakta pada buku. Kemudian baca dan
baca setiap masa.
4. Suka dan Hafal
Tak kenal maka tak cinta. Sama juga halnya dengan menghafal. Perlu ada minat dan sifat suka pada perkara yang dihafal barulah tidak cepat berasa bosan. Apabila minat datang, maka lebih mudah perkara yang dihafal diserap ke minda.
5. Tenang dan Hafal
Maksudnya dalam minda
yang segar tanpa keletihan atau tekanan. Contohnya, selepas bangun tidur waktu
pagi, ketika sedang berehat di ruang tamu dan ketika sedang beristirehat di
bawah pokok. Menghafal dalam keadaan yang tenang dapat meningkatkan fokus dan
juga pemahaman sesuatu perkara.
No comments:
Post a Comment