Tuesday, 7 April 2020

Belajar TANPA stres


Stres mengubah cara anda belajar.  Stres juga akan mengubah semangat belajar anda. Stres dapat mengubah prestasi pencapaian akademik anda. 
Oleh itu belajarlah tanpa stres. 

Saya memperkenalkan 4S terapi belajar tanpa stres. 

1. SENYUM
Cubalah senyum sebelum belajar dan seketika semasa belajar. Apabila anda belajar dimulakan dengan senyuman secara semulajadi (terapi) anda akan menjadi positif dan semangat belajar pasti meningkat. Senyumlah ...

senyum macam ini... .... ok tak .... anda masih stres lagi ....



2.  SEJARAH 

Sebelum belajar, bina kekuatan semangat belajar dengan membaca kisah-kisah  pelajar cemerlang. Sama ada melalui keratan akhbar, internet atau pun majalah. Secara semulajadi(terapi) semangat anda tercipta dan lebih berkobar-kobar untuk mencipta kejayaan seperti mereka. " Aku mesti boleh, mereka boleh aku juga boleh"
Contoh :


3.  SELIDIK 


Selidik kekuatan dan kelemahan diri. Fokus pada kekuatan diri supaya dapat menggunakannya sebagai sumber kekuatan bagi mencipta semangat belajar yang luar biasa. Apabila kekuatan ini dikenalpasti maka terhasillah gerak tugas dalam belajar yang positif dan sentiasa konsisten . 

Antara perkara yang perlu diselidik adalah

1. 
Perlu diselidik dan mengenalpasti yang manakah kekuatan otak anda. Kekuatan ini perlu diseimbangkan ketika belajar. 

2. 
Subjek perlu diselidik dan dikenalpasti , subjek yang mana menjadi kekuatan dan kelemahan anda. Perlu dikelaskan . Cara penumpuan juga berbeza supaya yang lemah di kuatkan dan yang kuat diperhebatkan. 

3. 
Cara belajar adalah kekuatan anda belajar. Lemah cara belajar lemahlah anda dalam belajar. Selidik dan kenalpasti apakah kekuatan cara belajar anda . Gunalah kekuatan tersebut untuk mencipta keseronokkan dalam belajar. 
Ada pelajar yang mengadu, yang dia susah mengingat? tetapi sebenarnya yang dia tidak sedar bahawa dia lemah dalam cara mengingat. 
Ada pelajar mengadu, hilang fokus dalam kelas. Dan sebenarnya dia tidak menggunakan formula bagaimana nak fokus di dalam kelas. 
Anda bukanlah tidak pandai , tetapi sebenarnya anda tidak tahu bagaimana nak menjadi pandai. 



4. SUASANA

Selidik suasana belajar anda. Adakah menepati ciri-ciri pembelajaran yang postif atau sebaliknya. Suasana memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran . Bilik atau tempat belajar mestilah kemas dan tersusun . Seperti gambar ini 


Pastikan ada meja-kerusi/ cahaya - udara/ kata-kata motivasi dan rak 



Berikut adalah 4S terapi Belajar Tanpa Stres. Untuk kupasan lanjut boleh bersama saya dalam program . 

Untuk jemputan sila hubungi 016-5819074 . 

Jangan biarkan diri anda belajar dalam Stres dan pilihlah untuk belajar tanpa stres. 

5 Tips menghafal dengan berkesan


1. Faham dan Hafal .
Pemahaman sesuatu perkara adalah asas paling penting dalam proses belajar. Tiada gunanya menghafal walau seribu formula jika satu pun tidak faham. Kesan buruknya tidak tahu formula mana perlu digunakan untuk sesuatu masalah. Asas pemahaman boleh dibentuk dalam kelas bersama guru dan juga rakan-rakan yang lebih pintar.

2. Hafal dan Buat .


Dalam erti kata yang lain melakukan ulangkaji. Contoh paling mudah adalah formula Matematik. Umum mengetahui formula Matematik memang susah diingati tetapi apabila menghafal dan kerap melakukan ulangkaji, pasti dengan mudah dapat menguasai formula tersebut.

3. Hafal dan tulis.

Untuk mengingati semua perkara mungkin mustahil tetapi untuk membaca semua perkara memang tidak mustahil. Jadi, tulis setiap formula, setiap fakta pada buku. Kemudian baca dan baca setiap masa.

4. Suka dan Hafal 

Tak kenal maka tak cinta. Sama juga halnya dengan menghafal. Perlu ada minat dan sifat suka pada perkara yang dihafal barulah tidak cepat berasa bosan. Apabila minat datang, maka lebih mudah perkara yang dihafal diserap ke minda.


5. Tenang dan Hafal
Maksudnya dalam minda yang segar tanpa keletihan atau tekanan. Contohnya, selepas bangun tidur waktu pagi, ketika sedang berehat di ruang tamu dan ketika sedang beristirehat di bawah pokok. Menghafal dalam keadaan yang tenang dapat meningkatkan fokus dan juga pemahaman sesuatu perkara.




PUNCA-PUNCA GAGAL MENGINGAT


Ingatan merupakan satu proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari & kemudian mengeluarkannya kembaIi sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan - jawab peperiksaan



PUNCA-PUNCA GAGAL MENGINGAT

v  Pelajar tidak mempunyai nota yang sistematik dan kurang menarik
v  Tidak memberi perhatian kepada pengajaran guru
v  Tidak minat mata pelajaran tertentu walaupun ianya penting
v  Tidak mempunyai persediaan mental — ada gangguan yang menyebabkan beralih tumpuan
v  Memahami sedikit sahaja apa yang diajar oleh guru
v  Bertangguh untuk bertanya apabila kurang faham
v  Sikap bertangguh ini akan bertambah dan menjadi beban kepada tajuk-tajuk yang akan datang


Wednesday, 1 April 2020

sambungan :PENTINGNYA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MENCIPTA KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN.


2. Peluang kedua MEMPERSIAPKAN DIRI bagi menghadapi peperiksaan mengikut KEHENDAK KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN.

Peluang kedua???

Ya benar, kenapa saya katakan peluang kedua?

Ini kerana adik telah pun mendapat peluang mempersiapkan diri bagi  menghadapi peperiksaan mengikut kehendak kertas soalan peperiksaan pada bulan November hingga Disember 2019 yang lepas selama 39 hari bermula 23 November 2019 hingga 31 Disember 2019.

Oleh itu , adik sangat BERTUAH kerana diberi peluang KEDUA ini, sangat jarang-jarang berlaku sepanjang pengalaman saya mengendalikan program-program kecemerlangan peperiksaan di sekolah-sekolah Malaysia sejak 16 tahun yang lalu . Rebutlah peluang

Mempersiapkan diri ?  Mengikut Kehendak Kertas Soalan Peperiksaan???

Mempersiapkan diri mengikut kehendak soalan peperiksaan bermaksud kertas soalan peperiksaan itu sendiri .. !  ia tidak bernyawa, apatah lagi untuk bergerak, berjalan, berlari mahupun melompat. 

Tetapi adik harus faham, ramai yang berjaya mendapat tempat terbaik selepas melaluinya( kertas soalan peperiksaan ),

contohnya : mendapat kecemerlangan yang disasarkan, dapat belajar di tempat belajar yang dicita-citakan seperti sekolah-sekolah berasrama penuh, dapat mencapai cita-cita, contoh ingin menjadi seorang doktor dan juga yang ingin menggembira atau membalas jasa kedua ibu bapa dan guru-guru yang selama ini mereka telah banyak berkorbon demi adik-adik.

Untuk semua ini, bukankah adik perlu melalui dan membuktikan adik mampu menjawab kertas soalan peperiksaan dengan baik?

Kerana itu saya mengatakan perlu membuat persiapan diri sebelum adik berjumpa kertas soalan peperiksaan tersebut. Peluang telah pun diberi pada tahun lepas sepanjang cuti sekolah yang lalu.

Dapatan pemerhatian saya sepanjang saya mengendalikan program-program di sekolah bermula bulan  januari hingga mac hampir 80% belum membuat persiapan untuk berjumpa dengan kertas soalan peperiksaan. 

Perkara ini saya pandang sangat serius,

Apakah persiapan yang perlu adik dilakukan?
Saya mendapati terdapat 11 Rahsia hebat pada kertas soalan peperiksaan.

Persiapan mengikut kehendak kertas soalan peperiksaan


1. Mencipta Matlamat            
   Kertas soalan adalah laluan untuk mencapai matlamat.

2. Sikap Mencari Jawapan         
   Kertas soalan tiada ada jawapan.

3. Kuatkan Otak                
   Kertas soalan jawapannya diproses dan dikeluarkan melalui otak.

4. Bina Suasana Ulangkaji                  
   Kertas solan perlu dijawab mengikut suasana yang telah ditetapkan.

5. Berfikiran POSITIF 
   Kertas soalan ada tertulis perkataan’SULIT’.

6. Lakukan KAWALAN BULAN PEPERIKSAAN
       Kertas soalan ada tertulis bulan, contoh “SEPTEMBER”

7. Lakukan KAWALAN SUBJEK
       Kertas soalan ada tertulis subjek. Contoh “SAINS”
                                     
8. Lakukan KAWALAN MASA 
       Kertas soalan ada tertulis masa. Contoh 1jam atau satu jam
                                               
9. Lakukan KAWALAN MARKAH 
       Kertas soalan ada tertulis bahagian pemarkahan.
                                     
10. Bertanggungjawab
          Kertas soalan menyediakan ruang angka giliran, nombor  
     kad pengenalan.                                                                

11. Patuh Arahan
   Kertas soalan ada tertulis “Jangan buka kertas peperiksaan ini sehingga           diberitahu”.        

Ini adalah peluang untuk adik-adik mempersiapkan diri dengan melakukan 11 rahsia hebat yang diperlukan oleh kertas soalan peperiksaan sebelum adik melangkah masuk dewan peperiksaan.

Kenapa saya berkata ini adalah PELUANG ?

Ini kerana semasa PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) adik mempunyai masa yang banyak untuk lakukan persiapan. Adik tidak dibenarkan keluar rumah, malah tidak pula disibukkan dengan aktiviti – aktiviti sekolah yang padat. Inilah masanya , inilah peluangnya.

Apa nak buat ?

Nantikan sambungannya … Kenapa PENTING NYA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MENCIPTA KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN
Bersama saya :
Ustaz Sulaiman Ismail
Perunding Motivasi
SULAIMAN MOTIVATION CONSULTANT
                                                    016-5819074                     

PENTINGNYA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MENCIPTA KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN.



Kenapa saya mengatakan PENTINGNYA di sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mencipta kejayaan dalam peperiksaan?

1. Mengelak JANGKITAN WABAK 
    VIRUS COVID-19

           Perutusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin( Mac 19, 2020)
"Just stay at home. Luangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga. Tidak perlu ke mana-mana. Dengan cara ini saudara saudari terhindar daripada jangkitan COVID-19 dan penularan wabak ini insya-Allah dapat dibendung.

Dengan mengutamakan PKP ini, adik dapat mengelak dijangkiti oleh Virus Covid -19 .

Nikmat SIHAT sangat mahal. Sebab itu Rasulullah s.a.w pernah berpesan, dua nikmat yang selalu manusia akan lalai dan menjadi rugi  iaitu nikmat masa dan nikmat sihat.

Sekiranya adik  dijangkiti wabak ini, kesihatan adik akan terjejas. Perkara ini membawa kepada penurunan tahap prestasi usaha belajar bagi mencipta kejayaan dalam peperiksaan, termasuklah daya tumpuan menjadi lemah, daya ingatan juga lemah, emosi terganggu, fikiran tidak menentu, dan pastinya jiwa tidak tenang .
Apabila adik diserang serangan lemah, terganggu, tidak menentu dan tidak tenang adakah adik boleh belajar dengan baik untuk mencipta kejayaan dalam peperiksaan ?

Jadi , Tolong "Just stay at home. Bina tahap prestasi kesihatan terbaik sepanjang tempoh PKP ini .

Nantikan sambungannya … Kenapa PENTING NYA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MENCIPTA KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN

Bersama saya :
Ustaz Sulaiman Ismail
Perunding Motivasi
SULAIMAN MOTIVATION CONSULTANT
016-5819074